Tawaran Kemasukan ke Program Diploma Tahfiz Al-Quran


Program Diploma Tahfiz Al-Quran

Kelayakan Masuk
Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Belum berkahwin
c) Berumur tidak melebihi 21 tahun
d) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam :
i) Bahasa Melayu
ii) Pendidikan al-Quran an Sunnah atau Pendidikan Syariah
iii) Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikas
iiv) Lulus Bahasa Inggeris, atau;
      Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengannya serta:
v) Lulus temuduga

Sistem Pengajian
Pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:
i) Kursus Teras Darul Quran - Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan pengajian Darul Quran.
ii) Kursus Umum Pengajian Islam - Kursus ini wajib diikuti oleh semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak menerima Diploma
iii) Kursus Syukbah - Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan iaitu :
a) Syukbah Qiraat
Semua program, peraturan serta pengurusan akademik yang dijalankan di Darul Quran adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Yuran Pengajian & Yuran Asrama ditanggung oleh Kerajaan Negeri Kedah. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah untuk pelajar-pelajar yang layak.

Prospek Kerjaya
 Pemegang Diploma Tahfiz al-Quran Dan Qiraat layak memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau imam dan lain-lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang tinggi.

Kemudahan Pembelajaran
 i. Kemudahan Asas - Dewan kuliah, makmal komputer, perpustakaan , asrama lelaki dan perempuan, dewan makan,  dan lain- lain.
ii. Kemudahan Riadah - Padang permainan untuk sepak takraw, bola sepak, badminton, bola tampar, bola jaring dan lain-lain.

Pengiktirafan
 Diploma Tahfiz al-Quran yang dikeluarkan oleh Darul Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan universiti dalam dan luar Negara khususnya di Timur Tengah. Graduan dari Darul Quran berpeluang mengikuti program ijazah pertama di pusat-pusat pengajian tinggi antaranya :

    Maahad Qiraat Al-Azhar Al Syariff, Mesir
    Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim, Pekan Baru, Riau, Sumatera,   Indonesia
    Universiti Malaya (UM)
    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    Universiti Sains Islam Malaysia USIM)
    Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI

Download Borang di Sini :
http://quranicfoods.com/download/BorangPermohonanIQDAR.pdf

INSTITUT AL-QURAN DARUL AMAN (IQDAR)
YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH
JLN SULTANAH
05350 ALOR SETAR KEDAH

KINI DIBUKA!!
CONTACT : 04-7327015 / 04-7327017

This entry was posted by Unknown. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Contributors

Powered by Blogger.