Berita di Sinar Harian : Institut al-Quran disaran kerjasama dengan IPTA



ALOR SETAR - Institut Al-Quran Negeri Kedah disaran menjalin kerjasama dengan pusat-pusat pengajian awam di negara ini bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional yang terdiri daripada huffaz (penghafal Al-Quran).
  
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kerjasama itu melibatkan penerimaan pelajar institut itu untuk menyambung pengajian dalam bidang profesional seperti kejuruteraan dan perakaunan.
  
"Perkara ini boleh dilaksanakan dengan memperkenalkan beberapa subjek teras seperti fizik, matematik tambahan, perakaunan, bahasa Inggeris dan sebagainya yang kemudiannya boleh dipindah kredit bila menyambung pengajian di peringkat ijazah.
  
"Saya dimaklumkan kini Institut Al-Quran Negeri Kedah sedang berkerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang pengajian kenegaraan," katanya ketika berucap pada Majlis Graduasi dan Khatam Al-Quran Graduan Maahad Tahfiz Al-Quran di Seri Mentaloon di sini hari ini.

Beliau berkata, jika kolaborasi itu dapat direalisasikan, pelajar lepasan Institut Al-Quran akan dapat menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan atau perakaunan, sekali gus akan ada golongan huffaz yang profesional.
  
"Saya berasa amat bangga kerana di Kedah khususnya, kita dapat melihat institusi-institusi tahfiz ini tumbuh bagai cendawan di seluruh pelusuk negeri.
  
"Kerajaan negeri tidak melepaskan peluang untuk membela para pencinta kalam ALLAH ini, dengan melaksanakan pelbagai inisiatif demi melihat Al-Quran sentiasa di hati umat Islam khususnya rakyat negeri Kedah," katanya.
  
Institut Al-Quran Negeri Kedah sebelum ini dikenali sebagai Maahad Tahfiz Al-Quran, berada di bawah pengurusan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK). - Bernama




  *


23 Jun 2014

http://www.sinarharian.com.my/nasional/institut-al-quran-disaran-kerjasama-dengan-ipta-1.292849.

√ PERMOHONAN TELAH DIBUKA
√ 17 MAC 2015 - Tarikh tutup permohonan

Download Iklan Program di sini :
-->>> goo.gl/WUaeTX

Download borang di :
-->>> goo.gl/WGN3wg

Untuk maklumat lengkap atau dapatkan borang boleh ke alamat:

INSTITUT AL-QURAN DARUL AMAN (IQDAR),
LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH,
05350 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.
No tel: 04-7327016

*IQDAR dahulunya dikenali sebagai MAAHAD TAHFIZ NEGERI KEDAH

*Tolong share dan viralkan kpd semua..
"Semoga ia ditulis ganjaran hasanah buat kita.. "

Info Lanjut : https://www.facebook.com/IQDAR.YINK

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN BAKAL MELAHIRKAN PROFESSIONAL HUFFAZ - Kini dikenali sebagai IQDAR



    ALOR SETAR - Kerajaan Negeri akan memperluaskan peranan Maahad Tahfiz Al-Quran dengan menaiktarafkannya sebagai institusi yang bakal melahirkan profesional huffaz.

    Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, dengan menjadikannya sebagai Institut Al-Quran Darul Aman, sekaligus akan ditambah dengan mata pelajaran baru iaitu Sains dan Matematik.

    Menurutnya, Institut Al-Quran Darul Aman bukan hanya akan melahirkan huffaz dan ulama, malah seorang profesional seperti jurutera yang dilengkapi ilmu Al-Quran.

    “Kita lihat hari ini, anak muda kita begitu cekap dalam hafaz Al-Quran 30 juzuk dan kita nak perkara ini dilakukan secara meluas.

    “Jadi saya cadangkan Maahad Tahfiz Al-Quran ditukar kepada Institut Al-Quran Darul Aman kerana ia dapat memperluaskan ilmu kepada pelajar maahad. Bukan hanya dalam bidang hafazan tetapi dapat mengimplikasinya dalam ilmu sains,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi dan Khatam Al-Quran Maahad Tahfiz Al-Quran di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

    Beliau menjelaskan, perancangan itu akan melonjakkan tahap kecemerlangan penghafaz Al-Quran dan memanfaatkan masyarakat secara keseluruhan.

    Untuk itu, katanya, Institut Al-Quran Darul Aman disarankan bekerjasama dengan institusi pengajian awam tempatan bagi membolehkan graduannya dapat menyambung pelajaran dalam bidang profesional lain seperti kejuruteraan.

    Difahamkan, Maahad Tahfiz Al-Quran ditubuhkan pada 1985 dengan matlamat melahirkan huffaz dan ulama berteraskan Al-Quran dan Sunnah dengan menawarkan program pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran untuk tempoh tiga tahun.

    -Berita Jun 25-
      ****************************************
    √ PERMOHONAN TELAH DIBUKA
    √ 17 MAC 2015 - Tarikh tutup permohonan

    Download Iklan Program di sini :
    -->>> goo.gl/WUaeTX

    Download borang di :
    -->>> goo.gl/WGN3wg

    Untuk maklumat lengkap atau dapatkan borang boleh ke alamat:

    INSTITUT AL-QURAN DARUL AMAN (IQDAR),
    LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH,
    05350 ALOR SETAR,
    KEDAH DARUL AMAN.
    No tel: 04-7327016

    *IQDAR dahulunya dikenali sebagai MAAHAD TAHFIZ NEGERI KEDAH

    *Tolong share dan viralkan kpd semua..
    "Semoga ia ditulis ganjaran hasanah buat kita.. "

    Info Lanjut : https://www.facebook.com/IQDAR.YINK

Contributors

Powered by Blogger.