MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN BAKAL MELAHIRKAN PROFESSIONAL HUFFAZ - Kini dikenali sebagai IQDAR



    ALOR SETAR - Kerajaan Negeri akan memperluaskan peranan Maahad Tahfiz Al-Quran dengan menaiktarafkannya sebagai institusi yang bakal melahirkan profesional huffaz.

    Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, dengan menjadikannya sebagai Institut Al-Quran Darul Aman, sekaligus akan ditambah dengan mata pelajaran baru iaitu Sains dan Matematik.

    Menurutnya, Institut Al-Quran Darul Aman bukan hanya akan melahirkan huffaz dan ulama, malah seorang profesional seperti jurutera yang dilengkapi ilmu Al-Quran.

    “Kita lihat hari ini, anak muda kita begitu cekap dalam hafaz Al-Quran 30 juzuk dan kita nak perkara ini dilakukan secara meluas.

    “Jadi saya cadangkan Maahad Tahfiz Al-Quran ditukar kepada Institut Al-Quran Darul Aman kerana ia dapat memperluaskan ilmu kepada pelajar maahad. Bukan hanya dalam bidang hafazan tetapi dapat mengimplikasinya dalam ilmu sains,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi dan Khatam Al-Quran Maahad Tahfiz Al-Quran di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

    Beliau menjelaskan, perancangan itu akan melonjakkan tahap kecemerlangan penghafaz Al-Quran dan memanfaatkan masyarakat secara keseluruhan.

    Untuk itu, katanya, Institut Al-Quran Darul Aman disarankan bekerjasama dengan institusi pengajian awam tempatan bagi membolehkan graduannya dapat menyambung pelajaran dalam bidang profesional lain seperti kejuruteraan.

    Difahamkan, Maahad Tahfiz Al-Quran ditubuhkan pada 1985 dengan matlamat melahirkan huffaz dan ulama berteraskan Al-Quran dan Sunnah dengan menawarkan program pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran untuk tempoh tiga tahun.

    -Berita Jun 25-
      ****************************************
    √ PERMOHONAN TELAH DIBUKA
    √ 17 MAC 2015 - Tarikh tutup permohonan

    Download Iklan Program di sini :
    -->>> goo.gl/WUaeTX

    Download borang di :
    -->>> goo.gl/WGN3wg

    Untuk maklumat lengkap atau dapatkan borang boleh ke alamat:

    INSTITUT AL-QURAN DARUL AMAN (IQDAR),
    LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH,
    05350 ALOR SETAR,
    KEDAH DARUL AMAN.
    No tel: 04-7327016

    *IQDAR dahulunya dikenali sebagai MAAHAD TAHFIZ NEGERI KEDAH

    *Tolong share dan viralkan kpd semua..
    "Semoga ia ditulis ganjaran hasanah buat kita.. "

    Info Lanjut : https://www.facebook.com/IQDAR.YINK

This entry was posted by EmasMaster. Bookmark the permalink.

2 thoughts on “MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN BAKAL MELAHIRKAN PROFESSIONAL HUFFAZ - Kini dikenali sebagai IQDAR

Contributors

Powered by Blogger.